FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

TENTANG LARIAN

Larian Hibrid adalah gabungan di antara dua jenis larian iaitu On Ground Run dan Virtual Run.

Bagi Virtual Run, (1 Oktober 2022 – 28 Oktober 2022). Larian anda akan direkod menggunakan aplikasi Strava dan anda bebas untuk memilih mana-mana trek larian.

Bagi On Ground acara ini akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai. Jarak larian adalah sejauh 5km.

Tidak, anda bebas untuk memilih jenis larian. Sekiranya anda ingin memilih larian secara On Ground, pastikan anda memilih On Ground Ticket, begitu juga sekiranya anda ingin memilih larian secara virtual, pastikan anda memilih Virtual Ticket.

Terbuka kepada semua pelajar dan staff USIM serta orang awam.

Muat turun aplikasi Strava dan rekod larian anda.

FLAG-OFF time akan diberitahu kemudian.

PENDAFTARAN

Untuk mendaftar anda boleh tekan link di sini.

Selepas selesai mengisi maklumat pendaftaran, anda akan terus di bawa ke laman pembayaran, anda boleh melakukan pembayaran menggunakan debit / credit card / e-wallet

Boleh, anda juga akan mendapat diskaun berdasarkan jumlah penyertaan. Pendaftaran akan dibuka bermula 4hb September 2022. Sila berhubung dengan pihak kami di whatsapp : 011-2877 4828 (Warsh)

Tiket Secara Individu:

Anda akan menerima e-mail yang mengesahkan pendaftaran anda telah berjaya.

Tiket Secara Berkumpulan: Anda akan diberi resit invoice di Whatsapp anda.

Refund tidak boleh dibuat, anda tetap akan mendapat kit larian walaupun anda tidak menghadiri acara larian.

Tidak, anda tidak boleh menukar maklumat selepas mendapatkan pengesahan pendaftaran,

Jadi, sila pastikan maklumat anda lengkap dan tepat sebelum menghantar pendaftaran.

Sila Semak email anda di bahagian SPAM. Sila click button ‘Not Spam’

APLIKASI YANG DIGUNAKAN

Anda boleh muat turun aplikasi Strava di Google Play dan App Store.

PENGHANTARAN KIT MEHASS RUN

T shirt, medal, string bag, e cert, e bib.

Perhatian:

Sebarang voucher / cabutan bertuah hanya untuk peserta On Ground sahaja.

Bagi peserta Virtual Run, kit larian anda akan mula di pos selepas tamat waktu larian On Ground.

Penghantaran akan dibuat secara berperingkat bermula 30 Oktober 2022.

Bagi peserta on ground, anda boleh mengambil kit larian anda di KOMPLEKS SUKAN, USIM pada 27 Oktober dan 28 Oktober 2022 pada jam 10pagi hingga 9 malam.

Bagi medal , anda akan peroleh selepas anda menamatkan larian anda pada hari acara tersebut. (On Ground sahaja)

Bagi peserta yang tidak dapat menghadiri acara larian secara On-Ground , sila ambil medal anda pada waktu yang akan ditetapkan .

Sila rujuk saiz di bawah: